Saturday, November 6, 2010

Anas anak tercinta

Anas. selepas bertahun rumah sepi jerit tangis sorang bayi, ibu dikejutkan dengan rasa pening dan sakit kepala yang sangat teruk. semua teman memberi pelbagai cadangan ke klinik la, farmasi la...semua ada. Selepas sekolah memandu dengan along dan angah ke Hospital Alor Setar. Panas punggung menanti untuk mendapat rawatan, sabar le dengan kerenah manusia. ujian demi ujian aku dikejutkan.." Puan mengandung!" hah, dah tua camni mengandung? ah kemana nak sembunyikan perut yang membuncit di depan puteri-puteri tingkatan empat dan lima yang sedang remaja? Puteri sulung dah tingkatan 5, puteri kedua dah tingkatan 3, anak-anak dah besar, bagaimana harus aku sembunyi perut yang bakal menunjul ke depan nie..tiba-tiba aku jadi takut sendiri.